Thursday, March 22, 2012

Ilmu, pandai dan kita

Mulakan kata dgn bacaan basmalah,
"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang"

Alhamdulillah, selepas lebih setahun tidak menulis(dulu pun bukanlah aktif mana pun, =p) tapi akhirnya saya rasa terpanggil untuk menulis entry ini. Apabila melihat junior2 baru dapat result, saya lebih terpanggil.

Pandangan saya ttg tajuk kali ini adalah sapabila saya telah keluar dari sekolah, melihat alam sebenar dan mengenali hakikatnya.

Entry ini berkenaan tajuk besar saya di atas tu, ilmu, pandai dan kita.



Teringat dan rindu akan sekolah secara tiba-tiba. =)

Ok. Masuk kepada bab ilmu.

ILMU

KENAPA KITA KE SEKOLAH?
Jawapan selalu didengari: Nak menuntut ilmu. (jawapan skema)

Betul tak?

Tiada salahnya dalam jawapan tu tapi yg salahnya apabila kita tak tahu tujuan kita tuntut ilmu.

Yup, ap sebab tuntut ilmu dan datang sekolah ni?
SEBAB APA????
SEBAB APA TUNTUT ILMU???

Dari sinilah baru banyak jawapan bercanggah.
Ada yang cakap, nak jadi pandai mcm abg long la, ada cakap nak jadi menteri la, ada yg cakap sebab dah semua org buat, (=.=).

Jawapan yg mungkin dapat markah lebih, "Kita kan umat islam, islam mewajibkan kita menuntut ilmu"

Yela, kenapa pulak islam wajibkan kita menuntut ilmu?

Sebenarnya soalan ini tiada jawapan skema ye tuan puan.

Tapi sekurang-kurangnya biar kita jelaskan fikiran ttg ilmu ini. Apa yg kita belajar selama ini.So, apa pulak yg kita belajar selama ini??

Pulak dah, Shahrul naim ni baca blog dia agi tension. nk kena jawab ja kerja dia. lol

Utk amal... Yes, ilmu tanpa amal itu sia-sia.

Klu tidak kenapa kita nak susah-susah pergi sekolah, tambah2 sekolah asrama kn, kalau nak pergi sekolah tuntut ilmu lepas tu dpat SPM dan lepas tu?

Sebab itulah kita tuntut ilmu supaya dapat amalkan.

Err, mgkin mcm susah nak bayangkan mcm mna kita nak bayangkan ilmu biology yg kita belajar itu, ilmu mathematik dan lain-lain itu untuk diamalkan.

Mmg payah, tapi sekurang-kurangnya kita cuba sehabis baik. Dan paling kurang pun kita dapat lihat sesuatu penciptaan Allah, kuasa Allah di dalam lab chemistry ke lab biology ke, ye dak?

Pernah kita terfikir betapa hebatnya mata yg sedang membaca tulisan sekarang ini

Otak yg tengah fikir apa yg Shahrul Naim tgh mengarut ni

Dan banyak lagi

Ini semua ilmu Allah. =)

Yep. SEMUA.

Banyak x? Pergh, sepuluh subjek nak kena cover kan? Dah banyak ke?

Sikit je. Jom kita tgk surah luqman ayat 27.

"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"

Ilmu inilah yg kita belajar selama ini kalimah Allah. Dari math, biology, chemistry sampai ke proses pembuatan manusia, gunung-ganang dan lautan dan lain-lain.

Yg dapat result 10A+, tahniah. Anda dapat 10A+, tapi klu guna laut tulis ilmu anda semua boleh habis tak ilmu tu? Ke cukup dgn pen Kilometrico 2 batang?

So, siapa hebat sekarang ini? =)

Sampai sekarang saya rasa tulisan saya masih kabur lagi. Tak cukup untuk buat pembaca faham tujuan saya merapu ni.

Tujuan saya ialah nak bagi pembaca-pembaca ini rasa macam di bawah

Saya nak anda semua bangun pagi pergi sekolah dgn dlm hati rasa berbesar hati dan bersyukur sebab
1) Allah masih panjangkan umur walaupun melakukan dosa di hari sebelum
2) Allah beri kita kesempatan utk menuntut ilmu Allah yg cukup luas ini.

So, sronok x? tak seronok ke?

Dapat belajar ilmu-ilmu Allah

So apa kata mari kita sama-sama betulkan tujuan cari ilmu, diri ini menuntut ilmu kerana Allah

DAN

Bersyukurlah kerana sepanjang proses menuntut ilmu, malaikat mendoakan kita.

So, x best agi ke?

PANDAI

Apa itu pandai? Kalau dapat result 10A+ tu pandai tak?

Ye, dia mgkin pandai. "Mungkin"

Sebab saya punya istilah pandai ini berbeza.

Dahulunya saya selalu berfikir mcm mna nak jadi pandai, tiba-tiba saya sendiri kurang jelas dgn istilah ini. Jadi saya berfikir dan terus berfikir dengan meletakkan diri saya sendiri sebagai eksperimen.

Disebabkan saya cuma meletakkan diri saya sebagai bahan eksperimen, saya tidak salahkan sesiapa jika tidak bersetuju dgn istilah "pandai".

Orang pandai bagi saya bukanlah orang yg dapat result baik. Tetapi mereka "mgkin" pandai, sebab tulah mereka dapat result baik(pening x? lol)

Untuk menjayakan eksperimen saya, sayatelah membuat satu suppose yg semua orang dalam satu waktu yg sama, saya letakkan semua org sebagai level 0. Semua org sama. Jadi tak kisahlah dari mana dtg pun, dari sekolah mana pun, mereka bermula dgn 0. Waktu bermula dan saya mula menganalisis.

Selepas analisis saya dah jumpa kriteria-kriteria pelajar-pelajar Malaysia
1) Payah buka suara dalam kelas, malu bertanya, segan dgn cikgu dsb
2)Selalu angguk-angguk ja bila cikgu tanya faham ke tak

Jadi saya pun fikirkan beberapa penyelesaian, utk masalah pertama, saya rasa mgkin pelajar perlu buka mulut cakap2, dan buang sifat malu pastu okla mesti lepastu boleh "pandai". Hasilnya tidak, nty saya akan terangkan kenapa. Utk masalah kedua, kita faham banyak mana yg kita angguk faham tu? 100%????

Jadi di sini, saya buat konklusi, org pandai ini adalah org yg apabila dia tidak faham sesuatu dia buang sifat malu dia dan dia bertanya dan DIA TAHU APA YG DIA TIDAK FAHAM!!!

Saya sendri kdg-kdg hadapi masalah ini, saya tahu saya tidak faham something tapi saya tak tahu si mana yg saya tak faham (bukti saya tak pandai sgt)

So saya ulang. org pandai ini adalah org yg apabila dia tidak faham sesuatu dia buang sifat malu dia dan dia bertanya dan DIA TAHU APA YG DIA TIDAK FAHAM!!!

Jadi mgkin sebab tulah org yg dapat result elok tu mgkin juga org "pandai". =)

KITA
Jadi, apa ada dengan kita?

Kita dah tawu ilmu yg kita pergi ke kelas tiap-tiap itu ilmu Allah, jadi kenapa tak minta Allah beri kefahaman tentang ilmu Dia. InsyaAllah Allah bagi. =)

Minta ye. ^^

Dan saya terpanggil untuk share apa yg cikgu di sekolah menengah saya pernah cakap, nak berjaya kena ingat D.U.I.T

D-Doa
U-Usaha
I-Istiqamah
T-Tawakal

ianya D.U.I.T dan bukan pula D.U.T.I atau D.I.T.U atau T.I.Du ye. D.U.I.T.
Tawakkal itu diletakkan selepas kita berdoa, berusaha dan istiqamah. Tetapi sekarang, ramai dah tawakal dahulu. Haish.



Kata-kata terakhir buat saya
ILMU AGAMA, AKIDAH, IBADAH ITU JUGA ILMU ALLAH. MALAH JIKA MEMPELAJARINYA KITA BAKAL FAHAM DAN BERASA DEKAT DGN MAHA PENCIPTA.



Untuk yg masih bersedih sebab dapat result tak seperti yg diinginkan,

Hakikat dunia ini singkat,
Bersedihlah tapi untuk masa yg singkat,
Jatuhlah, tapi bangun dengan cepat,
Sepantas kilat,
Kerana dunia ini mmg singkat. ^^


Wassalam.



Sunday, March 20, 2011

Rezeki yang dtg tanpa disedari

Haish, lama benar tak tulis blog. Tiba-tiba terasa nak tulis blog pulak di hari-hari yang final cuma di selekoh. Sebenarnya cerita ini diinspirasikan dari seorang kawan saya yang secara tidak sengaja memberi rezeki dekat dekat saya iaitu sebiji burger mcD mcchicken.

Kisah ini dipetik dari sebuah kisah benar tetapi saya dah tak berapa nak ingat cerita full dia, so cerita yang saya nak cerita ni kurang benarnya.

Ini merupakan kisah seorang pemuda yang mencintai ilmu, merantau jauh beribu batu semata-mata untuk mencari ilmu di India dan Pakistan. Seorang pemuda India Muslim. Setelah masuk begitu banyak ilmu dunia, terfikir di dalam lubuk hatinya untuk mencari ilmu akhirat. Kemudiannya merantaulah dia mencari seorang guru yang dalam ilmu agamanya.

Namun begitu, setiap hari semakin dia belajar ilmu akhirat, semakin dia meragui akan kebenarannya, semakin dia meragui akan kekuasaan Allah kerana penuhnya ilmu dunia di dalam dadanya menutup segala kebarangkalian untuk dia mempercayai kata-kata dan ajaran gurunya kerana dahulunya dia belajar semua atas logik. Semua perkara adalah benar selagi ianya logik dan dapat dibuktikan kesahihannya, mengikut katanya.

Jadi, satu hari, dia bertekad untuk cuma tidak mengiakan saja kata gurunya dan berada dekat dengan gurunya apabila kuliah gurunya dijalankan kerana selalunya dia hanya mendengar dari belakang atas sebab gurunya mempunyai ramai murid. (pengajaran di tgh jln, dlm kelas jgn duduk blakang sgt, susah nak bertanya, lol)

Hari itu, gurunya masuk ke dalam bab rezeki. Kata gurunya, "Rezeki itu datang dan dikurniakan oleh Allah kepada kita, dan berdoalah kita kepada Allah semoga mengurniakan rezeki kepada kita".
Pemuda ini bertanya" Guru, jika rezeki dtg daripada Allah, kenapa kita harus bekerja? Kenapa Allah tak beri saja rezeki kepada hambaNya?"

Gurunya dengan tenang menjawab " Sesungguhnya itu adalah satu ujian dari Allah dan Allah mahu melihat hambanya berusaha. Allah tidak melihat sesuatu perkara yang kita lakukan dengan hasil yang kita dapat tetapi dengan apa yang kita usahakan kerana sesungguhnya Allah lah yang berkuasa menentukan hasilnya. Contohnya, Allah memandang mulia dan menaikkan darjat dan memuliakan orang yang keluar berdakwah di jalan Allah meskipun tiada seorang pun yang memasuki Islam atas dakwahnya. Sesungguhnya Allah mahukan hambaNya berusaha dan percayalah, dangan izin Allah, rezeki sendiri boleh masuk ke dalam mulut kita tanpa menggunakan tangan kita sekalipun. Semuanya kehendak Allah"

Pemuda yang masih lagi buta dengan dunia ini masih tidak mempercayai kata gurunya lalu dia berkata "Baiklah guru, kalau begitu saya akan berada di atas pokok berdekatan sungai di hujung kampung kita, saya mahu lihat bagaimana Allah memberi rezeki kepada saya di atas pokok tersebut"
Gurunya dengan tenang mendiamkan diri dan pemuda itu beredar. Gurunya kemudia menunaikan solat 2 rakaat.

Pemuda itu pun naik ke atas pokok berdekatan sungai di hujung kampung dan memerhatikan keadaan sekeliling. Dia mendiamkan diri dan berjanji untuk tidak bergerak turun dari pokok ini selagi tiada rezeki yang datang masuk ke mulutnya sendiri tanpa menggunakan tangannya.
Hari pertama dan kedua berlalu dgn tiada apa-apa yang masuk ke dalam mulutnya. Dia mulai lapar tetapi keangkuhannya terhadap dunianya mengatasi nafsu laparnya. Kemudian datang satu kumpulan rombongan keluarga berkelah di tepi sungai dan menyediakan makanan untuk dimakan dan hampir menggodanya.
Setelah si rombongan itu siap menyediakan makanan, kedengaran bunyi kuda yang agak kuat. Si ketua rombongan itu berkata, "Sesungguhnya terlupa aku bahawa kawasan ini merupan tempat perompak-perompak berkeliaran dan aku rasakan yang bunyi kuda itulah perompak-perompak yang berkeliaran. Yang manakah kalian mahu? Selamatkan nyawa dan harta ataupun kita bertolak selepas habis makan?" Dan seluruh rombongan sepakat untuk meninggalkan tempat itu secepat mungkin.
Sesungguhnya pemuda itu terliur melihat makanan yang siap dihidang tetapi masih belum dijamah. Kemudian datanglah sekumpulan perompak berkuda. Berhenti di tempat itu dan sesunguhnya masing-masing telah lapar. Salah seorang itu telahpun bersedia untuk menjamah tetapi ditegah oleh seorang perompak yang lain, "Bodohkah engkau mahu memakan makanan yang kita tidak pasti apa ada di dalamnya, mungkin ianya beracun? Mana mungkin orang akan meninggalkan makanan yang siap dihidang begitu saja tanpa dijamah. Mungkin orang yang menyediakan makanan itu telah tahu bahawa ini adalah kawasan kita dan mahu meracuni kita semua. Kita perlu pastikan yang ianya tidak beracun." Satu-satunya cara untuk memastikan makanan itu tidak beracun adalah dengan merasanya dan kekal hidup namun begitu tiada seorang pun yang berani merasa makanan itu.
Kemudiannya seorang dari perompak itu terlihat pemuda di atas pokok tersebut dan memberi idea yang mungkin pemuda itu boleh merasakan makanan itu untuk mereka. Perompak-perompak tersebut memaksa pemuda itu turun namun pemuda itu menolak. Semua perompak menuduh yang dialah yang dialah yang memasukkan racun ke dalam makanan itu. Mereka memotong dahan pokok itu dan mengangkatnya ke hadapan makanan itu. Mereka memaksanya memakan makanan itu namun dia masih menolak sehinggalah seorang perompak ini memasukkan makanan itu sendiri ke dalam mulut pemuda tersebut. Pemuda itu sungguh terkejut dgn masuknya rezeki ke dalam mulutnya tanpa menggunakan tangannya sendiri.

Iman pemuda itu bertambah, hidayah datang dari Allah dan dia mempercayai yang semuanya adalah aturan Pencipta. Pulanglah dia kepada gurunya dan menuntut ilmu akhirat sedalam-dalamnya dengan iman yang semakin mantap kepada Allah.

Tuesday, January 25, 2011

Memperingati kembali sebab kita melakukan semua ini

Kisah tentang seorang hamba Allah yang tinggal di sebuah pulau, hidupnya hanya berkeseorangan. Seluruh harinya dipenuhi dengan ibadat kepada Allah;berzikir,bertahmid menunaikan kewajipan ajib dan sunat dgn tekun dan ikhlas. Sesungguhnya Allah memuliakannya dengan mengurniakan rezeki-rezeki ketika dia berasa lapar dan dahaga dan memerlukan tenaga untuk beribadah kepada Allah. Didatangkan rezeki dari laut mahupun dari tumbuh-tumbuhan di pulau itu sendiri. Dan tidaklah pula ia merasa jemu beribadat kepada Allah demi memperlengkapkan amalannya di akhirat kelak. Dan takdir Allahmenentukan yang dia sempat beribadat kepadaNya selama 500 tahun.

Di akhirat kelak, sesungguhnya manusia ini telah menghadapi dan menjawab segala pertanyaan dengan mudah. Sesunguhnya dirinya bersyukur kerana sempat melaksanakan ibadat kepada Allah selama 500 tahun.

Berfirmanlah Allah kepadanya "Dan masuklah kamu ke dalam syurgaku kerana keredhaanKu"

Si folan ini terpanggil untuk bertanya kepada Allah, "Ya Allah Yang Maha Besar, sesungguhnya diriku telah mengabdikan diriku kepadaMu selama 500 tahun, tidak pula mataku melihat maksiat melainkan melihat kalimahMu, tidak pula hati ini melencong dari memikirMu, dan tidak pula kaki dan tangan ini ku gunakan ke arah kemaksiatan. Ya Allah yang Maha Agung, masukkanlah aku ke dalam syurgaMu kerana ibadatku"

Dengan kekuasaan Allah, dikeluarkan sebiji mata si folan itu dan diletakkan di penimbang dan disebelahnya diletakkan amalan si folan. Sesungguhnya berat lagi sebiji matanya berbanding amalannya selama 500 tahun itu.

Lalu Allah berfirman, "Wahai si folan, sesungguhnya amalanmu itu selama 500 tahun itu tidak cukup untuk dibandingkan dengan sebahagian kecil dari nikmatKu kepadamu. Selepas pertimbangan ini adakah dirimu merasa layak untuk masuk ke syurgaKu? ataupun dirimu mahu memasuki nerakaKu?

Sesungguhnya si folan itu menjawab dengan penuh kekesalan " Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun, masukkanlah aku ke dalam syurgaMu dengan keredhaanMu dan keberkatanMu, tanpa keredhaanMu dan keberkatanMu tiadalah aku punyai peluang untuk memasuki syurgaMu"

Semoga kita selalu mengingati sebab kita di dunia ini. Allah juga berfirman " Dan tidak kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat" namun sesungguhnya ketahuilah kita tujuan kita beribadat hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah. Tanpa keredhaanNya, sesungguhnya tiada guna apa yang kita lakukan di dunia ini. Semoga kita sama-sama dapat mengingati diri sendiri akan tujuan asal kita melakukan semua ini dan sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang diredhai Allah dan mendapat keredhaan Allah. Dan ingatlah, meskipun kadangkala kita kalah dengan godaan dunia, beristigfarlah dan bertaubatlah. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wednesday, January 19, 2011

Wahai Bakal Isteriku...

Wahai bakal isteriku, sesungguhnya sesiapupun awak, saya tahu, awak di luar sana mencari saya. Sudahkah awak menjumpai saya? Sudahkah saya menjumpai awak? Sudahkah kita berkenalan?

Wahai bakal isteriku, sesungguhnya dirimu dan diriku percaya kepada jodoh. Ya, seperti orang cakapkan, ajal, jodoh dan rezeki di tangan Allah. Saya juga mempercayainya. Saya lihat awak ragu-ragu dengan perkara jodoh ini. Wahai bakal isteriku, saya tahu kita saling sayang-menyayang. Awak takut jodoh tidak menyatukan kita kan? Wahai bakal isterimu, sesungguhnya engkau di luar sana, lihatlah kebesaranNya. Lihatlah pada dirimu sendiri. Betapa nikmat yang Allah beri. Mahukah awak menjadi kufur kerana sedikit ketentuan yang tidak mengikut perancangan awak? Ketahuilah, kita merancang, Allah juga merancang; sesungguhnya perangan Allah adalah yang terbaik.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Namun, awak bertanya saya, "Awak, jodoh bergantung kepada kita juga kan? Kita boleh doa mohon kepada Allah yang kita tak mahu ataupun mahu, btulkan? Dan kalau ada peminangan kita boleh untuk terima atau tidak kan?. Jadi, kesimpulannya, kalau kita hendak jodoh itu berlaku, boleh kan? Awak nak jodoh kita ini terjadi tak?"

Wahai bakal isteriku, sesungguhnya ketahuilah, saya amat mahu mendirikan masjid bersama awak. Mengharungi hidup ini bersama awak. Namun begitu katahuilah, tiada apa yg pasti di dunia ini melainkan perancangan Allah. Kadangkala kita lihat semuanya nampak mudah, namun dugaan Allah bakal menjelma. Awak jangan risau, tabahkan hati, firman Allah, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Harungilah dugaan dengan tabah dan sekiranya selepas berjaya mengharungi dugaan itu kita masih bersama, ya, ianya adalah jodoh kita.

Wahai bakal isteriku di luar sana, jika awak bertanya kepada saya, "Akan adakah masa untuk kita hendak kenal satu sama lain? Awak ada masa tak untuk dengar saya bercerita, banyak benda saya nak cerita dekat awak". Awak, ketahuilah, sekiranya kita ada jodoh, saya akan mengambil seumur hidup saya untuk mengenali awak, seumur hidup saya untuk mendengar cerita-cerita awak. Percayalah.

Wahai bakal isteriku, tuntutlah ilmu dan amalkannya. Sesungguhnya saya sendiri tidak mendapat ilmu yang cukup. Ingatlah, menuntut ilmu itu amalan terpuji, nikmat Allah kepada hambaNya. Janganlah awak mengingati saya ketika sedang tekun menuntut ilmu-ilmu Allah. Sesungguhnya ilmu itu adalah milik Allah dan ingatilah Allah. Tiada hak aku untuk diingatimu mahupun di bila-bila masa. Namun aku faham, kita hanyalah manusia yang lemah, sesungguhnya dengan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan, beristigfarlah kepadaNya. Sesungguhnya bertaubat kepadaNya membuatkan Allah redha kepada kita dan semoga keberkatan dariNya mendekatkan lagi kita.

Wahai bakal isteriku, penuhkanlah segala ilmu agama di dadamu, sesungguhnya Allah melihat itu lebih dari segalanya. Sesungguhnya aku juga ingin ilmu agamamu lebih harum dari dirimu, lebih mekar dari wajahmu supaya nanti kita boleh saling tegur-menegur. Saya membayangkan, saya akan pergi bekerja dan awak tinggal di rumah mengajar anak-anak ilmu agama. Alhamdulillah. Indah dan manisnya hidup dalam keredhaan Allah.

Wahai bakal isteriku di luar sana, dengarlah pesananku ini. Allah begitu sayangkan hamba-hambaNya. Dan janganlah kita terkeluar dari landasan keberkatan Allah. Tidak masuk syurga seorang hamba itu walaupun dia beribadat 500 tahun tanpa keberkatan dan keredhaan Allah. Semoga kita berjumpa suatu hari nanti dengan diri yg cukup bersedia untuk menempuhi hidup bersama. InsyaAllah. Dan jgn dirimu berkata dirimu itu lemah tanpa daku di sisimu sekarang. Sesungguhnya ketahuilah, doaku sentiasa bersamamu, Allah sentiasa bersama kita. Hanya masa menentukan pertemuan kita. Tunggu diriku ini. Semoga dunia ini menjadi penyatu kita sehingga ke syurga kelak. Amin...

Monday, December 27, 2010

Mari Belajar Bahasa Sarawak( Untuk Amatur)

Saya ni baru belajar bahasa sarawak tapi sahaja mahu jugak share2 ni. Yela, sharing is caring. Saya ni pun copy dari kawan je, tapi adala berkomunikasi jugak dgn org sarawak ni ckit. Almaklumla, ....(kehilangan idea di situ)

Ok, back 2 da lesson.

Pelajaran pertama,

Saya = kamik
Kamu = kitak

Menurut beberapa sumber, tidak semua tempat menggunakan kamik dan kitak. Ada juga tempat yang hanya menggunakan aku dan kau je.

Next,


kamu sihat = kitak sihat sik?
sihat = sihat(or im fine, thank you)

kamu tgh buat apa? = pa polah kitak?
tak buat apa-apa = sik da polah apa-apa
tengah tengok tv = tangah nangga tv
mahu lihat bola = mau liat bola
tidak mahu lagi = tak nak lagi
tidak tahu lagi = inda tau lagi
kenak =kenapa

next lesson( pilih dan cantum)

agi’ = lagi
bait = baik
bapak menakan = bapa saudara(macam org kedah juga)
bengkeng = degil,keras hati
biak kecik dan comel = budak kecil and cute
dapat = boleh
dolo’ = dahulu,semalam; (dolok marek: dahulu kala)
duak = dua
embak = bawa,ajak
garik = lihat,nampak; (bergarik: kelihatan)
gerek = kekasih,buah hati (org kedah panggil gerek lain pulak maksud dia)
gila’ = sangat
juak = jua,juga
kala’ = pernah (sik kala’: tidak pernah)
kedirik = sendiri
kelaie = gaduh,kelahi( sama mcm kedah la)
kelaka = cakap,sembang
mun = jika,kalau
nang = memang
padah = beritahu
rindo’ = riang,gembira,suka; rindo’ ati: suka hati
sidak = mereka
sik = tidak,bukan
supan = malu,segan
susei = sembang,
nangga = tengok,lihat
tauk = tahu
tok = ini
ya = itu
sik = tidak,bukan

Cukup lah sampai setakat ni, lebih2 ni korang tanya sendiri budak2 sarawak ye. hahaha

Tuesday, December 21, 2010

Amerika Jahanam

Semua orang sendiri sudah tahu ttg keganasan Amerika. So, ak x payah la susah2 nk cerita ye. hahaha. Cuma nk share 1 video ni. Video yg boleh menyebabkan Shahrul Naim hampir menangis. .

Bengang gila aku tgk video ni, paling x bole tahan apabila diorang cakp, 'It's their fault to bring children to the battle' padahal diorang yg maen shoot je. bangang x bangang Amerika ni.

Terima kasih wikileaks sebab mendedahkan perkara2 yg dunia sepatutnya dunia tahu lebih awal. Anda bole baca pelbagai berita yg tidak didedahkan di wikileaks.org. Kalau korang nk tau, wikileaks ni mcm wikipedia juga cuma dia siarkan berita-berita yg selalunya x disiarkan di media disebabkan sesetengahnya adalah amat sulit. Wikileaks menjamin bahawa kalau kita buat pendedahan ttg sesuatu, diorang xkan dedahkan nama kita. Hm.. betulka? hahaha

Sebab Kenapa Mata Lelaki Gemar Melihat Badan Wanita.

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.



Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.


Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.


Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.


Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.


Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.


Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.


Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.


Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.


Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…